Adidas Hasilkan Ultra Boost Eksklusif Sempena Ulangtahun ke-30 Sukan Olimpik Seoul

Bagi menyambut ulang tahun ke-30 Sukan Olimpik Seoul 1988, Adidas dilaporkan akan mengeluarkan sepasang kasut model UltraBOOST.

Reka bentuk baru ini dengan gaya Primeknit yang putih bersih dihiasi dengan warna-warni di sepanjang tab tumit dan lidah kasut. Warna pekat merah dan biru dimana ianya warna bendera Korea Selatan membuatkan rekaan yang simple ini lebih kontras.

Walaupun harga bagi kasut ini masih belum dinyatakan, adidas UltraBOOST “Seoul”  ini akan dilancarkan secara eksklusif di Korea Selatan pada 28 September.

Dilaporkan pengeluaran model ini adalah dalam jumlah yang sangat terhad.

Leave a Comment