Berat 125kg Turun Ke 58kg Dalam 6 Bulan! Gadis Ini Kongsi Rahsia Tanpa Ubat Kurus

Percaya atau tidak berbadan besar ini sekaligus akan mengurangkan keyakinan kita dimana ia sekaligus memberi impak dalam dunia kerjaya.

Rasa kurang yakin untuk berhadapan dengan semua orang, kemungkinan besar peluang mungkin akan terbatas.

Bukanlah mahu merendah-rendahkan orang yang berbadan besar tapi jika kita melakukan satu transformasi dalam diri, pasti banyak perkara positif yang akan terjadi pada diri kita.

Buktinya gadis yang beratnya dulu 127kg Siti Aminah Borhan ini telah merasai pengalaman tersebut.

Impak positif dalam diri telah dirasai setelah beliau berjaya menurunkan beratnya kepada 58kg dalam masa 6 bulan!

Mari kita selami bagaimana liku-liku yang dilaluinya ketika berbadan besar dan sekaligus perubahan postif yang dialami dalam dunia kerjayanya.

Pernah Bekerja Sebagai Promoter

Nama saya Siti Aminah Binti Borhan, umur 27 tahun. Lepas SPM saya bekerja di FOS, Nine West di KLCC sebagai Promoter. Ketika itu saya mengasingkan diri sebab saya besar, makan tengah hari pun nak makan banyak, takkan lah nak makan beramai-ramai nanti tak cukup pula kan, saya kena lakukan sesuatu.

Diri sendiri kena ada niat untuk “this is the time untuk aku berubah”. Dari situlah titik perubahannya, teringat masa sekolah saya ada suka sorang mamat ni, seminggu je dia mesej, dia cakap “aku tak nak kat kau sebab kau gemuk”, Dia bagi kesan yang besar, terus saya tak ada niat nak ada kekasih di sekolah. 

Saya rasa orang sekeliling tu kadang-kadang dia OK je, tapi di belakang kita kadang-kadang kita terdengar, macam nak masuk pantry tu macam terdengar “Eee Gemuk”, memang akan rasa down sebenarnya. Bila balik rumah kita akan rasa depressed.

Rahsia Penurunan Ubat Badan Tanpa Ubat Kurus!

Untuk pengetahuan, Aminah tidak mengambil sebarang ubat kurus, kerana baginya tampil yakin dan sihat adalah lebih penting berbanding dengan paras rupa semata-mata :

Dulukan saya besar, dalam masa saya nak turunkan berat badan, memang saya ambil detox, ia penting untuk turunkan berat badan, anda ke ‘membuang’ dua kali sehari sekurang-kurangnya.

Selepas Aminah berjaya menurunkan berat badan, sudah semestinya beliau dihampiri oleh orang ramai untuk bertanyakan tips yang diamalkan, dengan perubahan ini, seperti yang dikatakan olehnya, detox adalah pembantu utama dalam membantu penurunan berat badan selain bersenam dan jaga pemakanan

Selepas saya dah kurus orang ramai DM saya tanya bagaimana nak kurus, saya tak boleh nak tolong semua orang, kita kena bersenam juga kalau nak kurus, jangan terpengaruh dengan iklan-iklan diluar macam “Makan 5 hari boleh kurus”, tak boleh!

Oleh itu, beliau membuat keputusan untuk membuat produk Detox miliknya sendiri.

Sumber Foto : Instagram Sitiaminahborhan

Kesan Penurunan Berat Badan Dalam Kerjaya

Jadi, bila kita bercakap di khalayak umum macam nak buat sales ke jadi senang, kamu nak buat apa-apa pun senang, sebab penampilan kamu memang penting untuk mencari kerja, untuk mempertengahkan diri kamu, orang tengok pun rasa selesa. 

Bukanlah saya nak katakan orang berbadan besar tak sayang diri dia, tapi sebenarnya kamu kurang sayang diri kamu. Contoh, macam Handphone, kalau kamu sayang pasti kamu akan jaga, begitu juga dengan badan kamu, jika kamu sayang, kamu akan jaga badan kamu.

“Jangan harap terlalu tinggi, cuba buat kerja dengan ikhlas.”

Jangan malu, mulakan langkah sekarang! Jangan memilih kerja yang ada sebab kamu tak tahu mungkin kamu kerja kedai baju, tapi boleh naik pangkat sebagai Manager, saya tak pernah terfikir rezeki saya besar/gemuk dulu dah jadi satu punca rezeki untuk saya, jangan harap terlalu tinggi, cuba buat kerja dengan ikhlas. 

Apa sahaja yang anda lakukan, buat dengan sepenuh hati, segala ganjaran di akhirnya, biar ditentukan oleh tuhan. 

Rahsia Turun Berat Badan

Breakfast

  • Detoks
  • Sandwich telur tampal

Snack

  • Granola suku genggam/ kacang sepuluh biji

Lunch 

  • Nasi senggengam +salmon grill/ayam grill/ikan bakar + salad

Snack

  • Buah kiwi/naga/epal hijau

Dinner

  • Overnight oats
  • Detoks

1. DETOKS! Kenapa penting detoks? 70% diet adalah dari pemakanan & 30% pula lagi dari exercise! So bila Amie bangun, satu sachet setiap pagi & WAJIB – sebelum tidur Amie minum #CTFIT!

2. Next, harus Control food intake (calories daily intake)

3. Makan makanan kurang lemakk & berminyak. (ini racun wei)

4. Exercise dlm 45minit setiap hari ( cardio)

5. Timbang setiap pagi lepas bangun selepas buang air

6. Kurangkan gula/ benda manis especially air manis!

7. Tidur kena cukup.

8. Minum air kosong 3ltr sehari

9. Dinner sebelum pukul 8 malam.

Okay.. tu disiplinnya! Apa pula yang Amie makan selama 3 hari ni?

Video

Sumber Artikel: Blog MauKerja

Leave a Comment