Hantu Kak Limah Catat Kutipan RM32.5 Juta 18 Hari Tayangan

Baru sebentar tadi Astro Shaw melalui Instagram telah berkongsi jumlah kutipan terkini Hantu Kak Limah di mana HKL sudah membuat kutipan sebanyak RM32.5 juta dalam masa 18 hari tayangan.

“Buat julung kali dalam lipatan sejarah perfileman tanah air menyaksikan filem tempatan berjaya meraih kutipan pecah panggung RM32.5 juta menerusi filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid. 
Pihak penerbit Astro Shaw dan Infinitus Gold sama sekali tidak menjangkakan sambutan Hantu Kak Limah mampu pergi sejauh ini dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura kerana menyokong filem ini. Malah, menariknya, ramai penonton yang sudah menyaksikan filem ini lebih dari 7 kali. Ternyata filem ini adalah untuk hiburan sekeluarga. 
HKL masih ditayangkan di 148 pawagam di Malaysia, Brunei dan Singapura.”

Filem Hantu Kak Limah sehingga hari ini masih lagi ditayangkan di 148 pawagam di Malaysia, Brunei dan Singapura. Kalau momentum ini kekal memberangsangkan, filem Hantu Kak Limah ini semestinya akan terus ditayangkan di semua pawagam berdekatan anda.

View this post on Instagram

HANTU KAK LIMAH CIPTA DIMENSI BARU RAIH RM32.5 JUTA! Buat julung kali dalam lipatan sejarah perfileman tanah air menyaksikan filem tempatan berjaya meraih kutipan pecah panggung RM32.5 juta menerusi filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid. Pihak penerbit Astro Shaw dan Infinitus Gold sama sekali tidak menjangkakan sambutan Hantu Kak Limah mampu pergi sejauh ini dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura kerana menyokong filem ini. Malah, menariknya, ramai penonton yang sudah menyaksikan filem ini lebih dari 7 kali. Ternyata filem ini adalah untuk hiburan sekeluarga. HKL masih ditayangkan di 148 pawagam di Malaysia, Brunei dan Singapura. 🇲🇾🇸🇬🇧🇳 #HantuKakLimah #HKL #HKLPerghh #CerCiter #KejungPerut

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on

Untuk mencapai angka RM30juta ini bukanlah mudah. Pasti ianya menjadi benchmark dan akan bertahan sebagai rekod untuk jangka masa yang lama untuk dipecahkan. Jom kita jadikan angka tersebut kepada RM40juta!

Leave a Comment