[VIDEO] Aidil Bawa Fasha Sandha Ke Stadium Bukit Jalil Tengok Bola

Sejak sudah bertunang nampaknya hubungan Pelakon Wanita terkenal Fasha Sandha dan Aktor Aidil Aziz makin serasi dan keramahan mereka makin mesra dan moga mereka dapat menyemaikan hubungan mereka dengan perkahwinan.

Fakta Menarik – Biodata Aidil Aziz, Pelakon Dan Tunang Fasha Sandha

1. Selesa disapa dengan nama jolokan ‘Pak Ngah’.

2. Amat meminati sukan bola sepak di mana beliau sering mengisi posisi penyerang ketika bermain. Mengidolakan Cristiano Ronaldo.

3. Mempunyai kebolehan bertutur dalam dialek Negeri Sembilan dengan baik kerana kedua orang tuanya berasal dari negeri itu.

4. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2009.

5. Namanya mula melonjak naik selepas membintangi drama bersiri Saiful Nita yang dimuatkan di Slot Samarinda siaran TV3, membawa watak sebagai Saiful, bergandingan dengan aktres Kilafairy di bawah arahan sutradara Emi Maziah.

6. Pernah berlakon dalam filem Kapoww, Evolusi KL Drift 2 dan Kanang anak Langkau: The Iban Warrior.

7. Terlibat dalam banyak drama, dan antara yang popular ialah Akademi Polis (2009), Nilapura (2011), Trilogi Cinta 2 (2012), Saiful Nita (2012), Hujan (2013), Asmara Luna (2013), Romi Cinta Julia (2014), Tabir Zulaikha (2015), Hati Perempuan (2015), Lara Terindah (2016), Kamar Kamariah (2018), Cinta Lemon Madu (2018) dan Vila Ghazara (2018).

8. Pada Disember 2016, beliau terselamat daripada hukuman gantung sampai mati atas tuduhan memiliki dadah jenis kanabis.

9. Pada 18 November 2018, Aidil sah bergelar tunang kepada aktres Fasha Sandha dalam sebuah majlis tertutup. Mereka mula berkawan rapat selepas bekerjasama dalam sitkom Mamu Mami Gosip pada awal 2018.

sama cantik sama padan

Perlawanan Akhir Piala Suzuki 2018 pada malam ini sememangnya mendapat sokongan padu dari seluruh rakyat Malaysia dan salah satunya akterss kita yang cantik Fasha Sandha yang menaiki motor saje ke stadium bersama tunangnya aidil.

Video – “Kami ke Stadium Bukit Jalil”

Kapsyen Fasha Sandha…

Demi Malaysia ku Tercinta
Tak sempat nak bersiap melawa, tak apa, asalkan tak lambat
Merempit with Encik Tunang ke Stadium
Video ni sebelum sampai ke stadium tadi

Aktres terkenal ini, Nur Fasha Sandha Hassan, 34 atau panggilan komersial, Fasha Sandha baru baru ini akhirnya menamatkan hubungan cinta bersama aktor Aidil Aziz dengan mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup di Ampang.

Majlis pertunangan yang hanya dihadiri kaum keluarga dan teman rapat ini diadakan secara sederhana atas permintaan kedua belah keluarga.

Menurut Fasha juga pemegang trofi Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin tahun lalu, majlis pertunangan ini adalah sangat istimewa untuk dirinya secara peribadi kerana tidak pernah melalui fasa bertunang sebelum ini meskipun pernah mendirikan rumah tangga.

Saya berharap saya dapat lebih mengenali Aidil sesudah bertunang.

“Alhamdulillah saya bersyukur kerana Aidil dan keluarganya menerima saya dan anak-anak dengan baik sekali dan saya berharap pertunangan ini akan berkekalan sehingga ke perkahwinan,” katanya.

Apa komen Netizen :

“Sweet je…suka tengok korang ni bersatu”

“woww terbaikk laa..”

Sumber : IG FashaSandha via RimbaBara

Leave a Comment