[VIDEO] “Dia berjuang dan pertaruhkan nyawa, sabar sayang” Ayu Raudhah selamat lahirkan anak lelaki

Pasangan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha baru saja selamat menyambut kelahiran anak pada awal hari ini. Khabar gembira tersebut dikongsi sendiri oleh Zaquan dalam laman sosial Instagram miliknya.

Tahniah buat kedua-dua pasangan.

“Isteri saya telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 10.46 pagi tadi. Isteri serta anak, selamat dan sihat,” tulis Zaquan.

Zaquan sebelum itu turut berkongsi gambar menemani isterinya di hospital sebelum detik kelahiran.

“Di saat ini dia berjuang dan pertaruhkan ny4wa. Sabar sayang. Daddy sentiasa ada di sebelah. Pengorb4nan sangat besar yang ada pada seorang insan bergelar isteri,” luah Zaquan.

Zaquan dan Ayu telah berkahwin pada tahun 2011 dan telah pun dikurniakan tiga orang anak sebelum ini iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann dan Laura Zuleykha.

Raudhah binti Che Wan @ Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Ayu Raudhah merupakan seorang pelakon Malaysia.

Kakaknya ialah Rozita Che Wan. Berasal dari Kedah dan mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Syed Bukhary..

Berkahwin dengan pemain bola sepak skuad KL iaitu Mohd Zaquan Adha pada 21 Januari 2011 Anak ke enam daripada 7 adik beradik.

Adik beradik perempuan Ayu Raudhah dikenali dengan kejelitaan yang dimiliki dan semestinya diwarisi daripada ibu mereka Zabedah Saad.

Sinonim dengan watak yang lembut dan bertudung. Banyak berlakon dalam watak yang diadaptasi dari novel.

Leave a Comment