[VIDEO] Hanya 3.9 Saat di belakang Usain Bolt, Ini Kanak-kanak Paling Laju Di Dunia

Boleh dikatakan semua orang tahu mengenai kelajuan dan kepantasan Usain Bolt dimana Usain merupakan atlet 100m paling laju dunia.

Tetapi bagaimana pula dengan kategori kanak-kanak? Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun sudah boleh digelar sebagai Usain Bolt ‘junior’ apabila berjaya mencatat masa kelajuan 13.48 saat ketika saingan 100 meter di Florida, Amerika Syarikat.

Bahkan kanak-kanak ini yang dikenali sebagai Rudolph Ingram ataupun Blaze diiktiraf sebagai kanak-kanak paling laju di dunia.

Di dalam laman bbc.com, Blaze juga dikatakan sebagai pelajar pintar di sekolahnya, malah instagram kanak-kanak ini juga mempunyai 301,000 pengikut.

Selain pantas di trek, Blaze turut cemerlang dalam pendidikan selepas memperoleh keputusan A dalam subjek Pengenalan Sains Komputer, Muzik dan Pendidikan Fizikal.

Selain itu, dia juga memperoleh keputusan B bagi subjek Seni Bahasa, Pengajian Sosial dan Seni di pusat pendidikan Cahoon Elementary School, Tampa

Kisah Blaze mendapat perhatian selepas satu rakaman video aksi kanak-kanak lelaki itu berlari menerusi laman Instagram milik bapanya, Rudolph Senior. 

Rudolph Senior turut memuat naik video dengan kapsyen ‘Proud To Say My Son Maybe The Fastest 7 Years Old In The World. To The Top Love All Those Hours Of Training Payed Off.’

Rudolph ‘Blaze’ Ingram mempunyai masa depan yang masih panjang dan bakatnya dalam bidang  sukan perlu digilap dengan baik supaya dia boleh menjadi pemain berbakat besar dengan pencapaian yang cemerlang dan gemilang.

Buat masa ini masih tiada rekod daripada mana-mana kanak-kanak lain yang mampu menyaingi rekod Blaze.

Untuk rekod, Usain Bolt masih memegang rekod sebagai manusia terpasa di dunia dengan catatan masa 9.58 saat.

Leave a Comment