[VIDEO] Malaysia Kalah Tapi Gol Vietnam Sepatutnya Tidak Sah?

Pasukan kebangsaan, Harimau Malaya gagal membawa pulang trofi juara AFF Suzuki 2018 apabila terpaksa akur dengan kehebatan Naga Emas yang gah sebagai Raja Asia Tenggara.

Malaysia tewas 0-1 (agregat 2-3) kepada Vietnam dalam perhitungan terakhir yang berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu.

Gawang Malaysia dirobek Nguyen Anh Duc seawal minit ke-6, menghukum kealpaan berulang anak buah Tan Cheng Hoe yang berusaha menguasai bola.

Walaubagaimanapun, visual ulang tayang menunjukkan Anh Duc terlebih dahulu di kedudukan offside sebelum meledakkan gol yang menewaskan penjaga gol negara, Farizal Marlias.

FOX Sport Asia juga mempersoalkan gol Vietnam yang disifatkan mereka sebagai offside melalui laman twitter.


Namun pengadil perlawanan dari Iran, Alireza Faghani tidak melihatnya dan gol tetap disahkan.

Kekalahan skuad Harimau Malaya terhadap pasukan Vietnam malam ini ternyata mengecewakan peminat bola sepak tanah air.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kekalahan itu perlu dijadikan sebagai pengajaran.

Ia adalah pengalaman buat pemain dalam memastikan skuad negara terus mencatatkan kemenangan dalam perlawanan akan datang.

“Saya berpendapat bahawa pemain kita bermain dengan baik dan beberapa kali mereka (skuad Harimau Malaya) telah dapat dekat dengan gol Vietnam, tapi entah bagaimana, bola itu telah dapat kepada pihak Vietnam. Mereka (pasukan Vietnam) biasanya tendang jauh daripada gol mereka. Dengan itu peluang kita nak jaringkan gol pun semakin sukar.

“Bagaimanapun, saya yakin dengan sedikit lagi usaha, kita ada potensi untuk memenangi dalam perlawanan-perlawanan berikut. Saya harap pemain kita dan jurulatih tidak kecewa sebaliknya menggunakan ini sebagai satu pelajaran pengalaman untuk menaikkan lagi kebolehan mereka. Saya yakin mereka punyai potensi yang baik,” ujar Tun Mahathir.

Leave a Comment