[VIDEO] MV Lagu Baru Drama Band Didakwa Perli Selebriti Lain? Ini Respon Haneesya dan Haqiem Rusli

Sebelum ini penyanyi dan juga merupakan vokalis kepada kumpulan Drama Band,  Aepul Roza telah mengejutkan netizen apabila memuat naik beberapa keping gambar dirinya berpenampilan seperti seorang wanita.

Walaubagaimanapun, Aepul telah memuat naik satu rakaman video menjelaskan bahawa dirinya sedang menjalani penggambaran muzik video untuk lagu terbaru Drama Band.

Terbaru, Music Video yang berjudul Drama sudah mula ditonton menerusi YouTube rasmi Drama Bandsejak semalam.

Malah, Music Video lagu itu didakwa bakal mengundang kontroversi kerana ia tidak hanya memperlihatkan pemakaian mereka yang menyerupai wanita, malahan turut dikatakan menyindir isu-isu yang pernah berlaku dalam dunia artis sejak kebelakangan ini.

Jika anda menonton video mereka, pasti anda tahu siapa yang dimaksudkan di dalam aksi tersebut melalui penampilan dan lakonan mereka.

Bagaimanapun, pihak produksi yang merakamkan MV ini telah menjelaskan bahawa jalan cerita yang dipaparkan tidak langsung mengaitkan mana-mana pihak.

Jika dilihat ada babak yang dipaparkan jelas seakan memerli kontroversi yang melanda pertandingan Dewi Remaja 2018.

Mereka melakonkan kembali situasi penyerahan kembali mahkota yang dipegang oleh juaranya selepas kemenangan itu ditarik balik.

Di dalam video itu juga dapat dilihat aksi lakonan semula seakan-akan lagu Pematah Hati dan kontroversi yang melanda Haqiem Rusli.

Rata-rata netizen meninggalkan komen dengan menyatakan sokongan terhadap Drama Band tetapi ada juga yang mengecam tindakan mereka.

Rentetan daripada itu, terdapat respon balas daripada Haqiem Rusli dan bekas peserta Dewi Remaja yang kesal dengan Music Video tersebut.

“Mungkin dahaga, mungkin. Cyberbullies it’s not good. Lagi-lagi dalam bentuk sindiran dalam muzik. Mungkin terlupa keikhlasan dalam muzik. Mungkin.

“Jauh sudut hati aku memang kecil hati dan sedih tapi aku maafkan sahaja. Tweet ini hanya pendapat dan nasihat sahaja. Always positif ok,” katanya.

Sementara itu, Drama Band dalam kenyataan di Instagram menjelaskan kisah dipaparkan dalam muzik video itu adalah rekaan semata-mata dan sekiranya ada pihak yang terasa ia adalah diluar bidang kuasa mereka.

Mesej sama turut dimuat naik pada permulaan muzik video Drama di Youtube yang sehingga kini sudah pun mendapat 25,000 tontonan.

Leave a Comment