[VIDEO] “Sejuknya Hati Lahai” Nelydia Senrose Puji Fikry ibrahim Tak Tinggal Solat Semasa Shooting Drama

Fikry Ibrahim yang sedang meningkat naik namanya melalui drama-drama tempatan sedang sibuk dengan penggambaran drama terbarunya untuk Astro.

Fikry membintangi drama Encik Mimpi Ekspress bersama-sama pelakon cantik, Nelydia Senrose.

Terbaru, Nelydia memuat naik satu video di insta story yang menunjukkan Fikry Ibrahim sedang solat.

Dikatakan rakaman itu adalah ketika mereka berdua sedang sibuk bekerja untuk penggambaran drama.

Nelydia memuat naik video tersebut dengan kapsyen:

“Sejuknya hati lahai”

Rata-rata peminat memuji Fikry yang memang terkenal dengan sikapnya yang mengutamakan agama dan sangat menghormati aurat kaum wanita.

Bagi yang tidak mengenali, Fikry Ibrahim adalah salah seorang peserta realiti daripada Astro iaitu Lawak Solo.

Nama sebenarnya Ahmad Fikry Bin Ahmad Ibrahim, lahir pada 16 April 1994 ialah seorang pelakon, pelawak, pengacara, dan model Malaysia.

Fikry merupakan pemenang tempat ketiga dalam program Lawak Solo 2016 dan kini semakin dikenali ramai. Selain sebagai pelawak, Fikry juga merupakan seorang pelakon dan pengacara.

Beliau merupakan graduan Diploma Komunikasi Massa (Pengiklanan) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan yang sama.

Sebelum memulakan kerjaya hiburan, Fikry terlebih dahulu bekerja di kedai dobi selama setahun.

Beliau memulakan kerjaya pentas dengan mengambil bahagian dalam rancangan Lawak Solo 2016 terbitan Astro Warna. YOY Network

Selepas Lawak Solo 2016 tamat, Fikry melangkah ke bidang lakonan dengan menjayakan watak penting bersama Uqasha Senrose dalam Hero Seorang Cinderella yang dibintangi oleh Fattah Amin dan Fazura.

Dalam drama ini, beliau memegang watak Noah Farizzam. Beliau semakin dikenali menerusi gandingannya bersama penyanyi Siti Nordiana menerusi telefilem Cekelat Semanis Honey dan Cekelat Tak Semanis Honey.

Leave a Comment