[VIDEO] Tuah Bertanya Soalan, Pemuda Ini Terima 3 Tiket Flight Umrah Dari Tony Fernandes

Unversiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes sebagai Ahli Lembaga Pengarah UniSZA pada bulan Oktober yang lepas.

Pelantikan tersebut telah dibuat oleh Datuk Dr. Muhammad Nur Manuty berkuat kuasa 3 tahun sehingga tahun 2021.

Terbaru, Tony Fernandes hadir dalam satu program yang dianjurkan pihak universiti berkenaan melibatkan pelajar-pelajar di sana.

Dalam program itu, Tony telah menghadiahkan seorang pelajar tiket penerbangan untuk menunaikan umrah kerana baginya, pelajar itu menginspirasikannya.

As director of UNISZA, I went up to do a talk with the students, to tour the campus and to think about new ways of raising income to less government grant. During my speech, I was touched by this young boy who had a heart of gold and whose dream was to take his parents to Mecca. He asked me how I stay motivated to make my dreams come true. Right at the end of the speech, I made his dreams come true. And his reaction made my year.

Posted by Tony Fernandes on Ahad, 9 Disember 2018

Tony dalam satu status yang telah dimuat naik olehnya memberitahu, “Sebagai pengarah UNISZA, saya pergi bercakap dengan pelajar, melawat kampus dan memikirkan cara untuk meningkatkan pendapatan daripada perolehan dana kerajaan yang kurang.

“Semasa berucap, saya tersentuh dengan seorang pelajar lelaki ini yang mempunyai hati emas kerana mempunyai impian untuk membawa ibu bapanya ke Mekah.

“Dia bertanya kepada saya, bagaimana saya sentiasa bermotivasi untuk menjadikan impian saya satu kenyataan.

“Pada akhir ucapan itu, saya membuatkan impiannya menjadi kenyataan.  Dan reaksinya membuatkan saya seronok.”

Penuntut Diploma Pengajian Islam Dakwah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Muhammad Rifqi Saipul Nizam, 18, itu sangat bertuah apabila impiannya itu ditunaikan Tony.

Tony sangat tersentuh dengan kisahnya yang menjadikan ibu bapanya sebagai sumber inspirasi ketika Program Executive Talk: Air Asia From Zero To Hero di UniSZA, di Kuala Nerus.

Muhammad Rifqi yang menjadi individu pertama bertanya soalan kepada Tony menerima tiga tiket penerbangan menunaikan umrah bersama ibu, Mariam Daud, 44, dan bapanya, Saipul Nizam Jusof, 44.

Katanya, dia tidak menyangka akan diberi peluang sebegitu dan menyifatkan ia antara kenangan terindah.

“Memang terkejut apabila saya dipanggil semula dan beliau (Tony) mengatakan kisah saya menginsipirasikan dan menggembirakannya.

“Perasaan bercampur baur apabila beliau mengatakan akan memberikan saya tiket untuk menunaikan umrah.

“Sudah lama saya menyimpan hajat ke sana. Alhamdullilah, ia bakal tercapai dan rezeki itu memang tidak salah alamat,” katanya selepas Program Executive Talk: Air Asia From Zero To Hero di UniSZA.

Menurutnya, dia yang kagum dengan Tony dan sekadar mahu mengetahui rahsia kejayaan dan sumber inspirasinya sehingga berjaya seperti hari ini.

“Ketika sesi soal jawab itu, saya turut berkongsi kepada semua yang hadir bahawa ibu bapa saya adalah inspirasi saya untuk terus kuat mengejar impian.

“Saya beritahu impian saya untuk membawa orang tua saya ke Tanah Suci sama ada untuk menunaikan fardu haji atau umrah kerana mereka insan penting dalam hidup saya.

“Saya sekadar berkongsi impian dan tidak sangka beliau mahu menunaikannya menjadi kenyataan,” katanya.

Leave a Comment