Wanita Ini Simpan Duit Kahwin RM43,250 Hanya Dalam 2 Tahun

Agak-agak macam mana ya nak simpan duit RM43,250 dalam 2 tahun je? Kalau sekali baca macam mustahil kan?

Tapi inilah yang telah dibuat dan dibuktikan oleh Puan Razzatul Nadia Rosli dan suaminya. Kalau ada kemahuan pasti ada jalan.

Jom kita ikuti perkongsian tentang cara nak kumpul duit kahwin yang dikongsikan oleh Razzatul Nadia Rosli ini. Semoga bermanfaat.

___________

Semua orang ada impian nak dirikan rumah tangga kan, tapi tak ramai yang sanggup tengok amount duit yang diperlukan untuk buat majlis perkahwinan.

So macam mana kita nak kumpul duit kahwin dalam masa 2 tahun ?

Foto: FB Razzatul Nadia Rosli

Okey first sekali,

#1 SET TARIKH TARGET

Set kan tarikh target korang nak kahwin, sebab kalau korang tak target, susah untuk korang nak set pencapaian korang.

So memang kena set. Normally orang akan buat persediaan nak kahwin 2 tahun sebelum tarikh majlis diorang.

#2 BUAT ASB LOAN

Okey ini sangat penting untuk memaksa diri korang untuk buat simpanan. So apa yang korang kene buat, buat ASB LOAN 50k ikat selama 30 tahun.

So bulanan nya dalam RM300/month dengan kadar faedah bank 5.2%. Andai kata dividen tahunan ialah 7.25%. So setiap tahun korang akan dapat duit dividen dari simpanan ASB tu dalam RM3,625. So 2 tahun jadi RM7,250.

Hmm cukup ke RM7,250 ni ? Duit hantaran pun dah RM10k, mana lagi nak beli barang hantaran lagi, majlis nikah lagi, majlis kahwin lagi kan.

So conclusion nya memang tak cukup. So apa yang korang kene buat ialah langkah ketiga.

#3 BUAT PART TIME DROPSHIP TANPA MODAL

Okey sekarang ni bersepah founder leader stokis yang carik agent dropship kan. So gunakan peluang yang diorang bagi ni untuk tambah pendapatan.

Memang nak kahwin ni kene struggle sikit lah kan. Hehe. Tips dia, korang kene lah jual produk yang orang sedian tahu, yang jenis leader @ stokis yang memang akan guide korang cara untuk jana pendapatan.

Dropship ni korang tak payah keluar modal pun, dapat comission.

#FREE je.

Contohnya macam produk dianz, hmp cosmetics, jus shine, elysiancosmetic, dyxy, nuraysa, macam macam lagi lah.

Normally keuntungan dropship RM5-RM30 / pcs. So andai kata lah korang dapat jual 5 produk, Razz average kan keuntungan dalam RM10/pcs

#Sehari 5pcs x RM10 = RM50
#Sebulan 30 hari x RM50 = RM1500
#2tahun 24 bulan x RM1500 = RM36,000

Ha nampak tak kat situ, dalam masa 2 tahun korang dapat kumpul RM36k cash money okey. Tak payah buat bisnes keluar modal besar pun dah boleh simpan duit kahwin.

Syarat nya korang kene tahan nafsu lah. Tips simpan duit, setiap kali korang dapat komission terus masukkan dalam ASB, sebab ASB ni leceh sikit nak keluarkan, lepas tu semunyikan buku ASB tu, jangan gatai nak keluarkan duit untuk shopping pulak tau.

Cukup masa korang nak kawin tu, baru lah keluarkan duit ASB tu, lepas tu boleh lah korang langsungkan perkahwinan korang tu.

So dah ada RM43k tu cukup tak untuk korang kawin ? Terlebih cukup kan, tapi jangan lah pulak korang habis kan RM43k tu untuk majlis 1 hari tu.

Buat majlis berpada pada je, elakkan pembaziran tau.

RM10,000 untuk hantaran
RM10,000 untuk majlis 500pax

Selebihnya ada lagi RM23k kan, korang simpan untuk persediaan alam rumah tangga nanti ye.

Jangan risau kalau korang tak tahu mana nak dapat package perkahwinan yang murah dan berbaloi. Razz boleh recomandkan, PM je tepi.

So macam mana, okey ke idea ni ? Kalau korang rasa okey boleh lah cuba try test cara ni, tapi kalau korang rasa ada cara lain yang lebih baik, boleh terus guna cara u alls. Razz cuma bagi idea je, bantu apa yang mampu je.

Leave a Comment